Pesanan Penaja

Friday 18 December 2009

TIADA SEMPADAN KAUM - KEMENANGAN DALAM BIDANG SUKAN



Kemenangan dalam sukan bola sepak  menentang Vietnam malam semalam merupakan kejayaan paling manis
sejak 20 tahun dalam arena ini. Apa yang menarik ialah semua rakyat Malaysia pelbagai kaum menyokong agenda Malaysia untuk merebut kejohanan dan membawa balik pingat yang diidamkan. Pasukan yang dikalahkan bukannya dari kalangan pasukan yang boleh diperlekehkan malah merupakan pasukan yang sentiasa berada dalam perlawanan akhir sejak empat tahun lalu. Penulis melihat pekikan kegembiraan dilaungkan oleh semua rakyat Malaysia ketika tendangan gol kemenangan berlaku.  Saat bersejarah itu telah  berjaya menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua perbezaan yang ada.  Fenomena ini kelihatan jauh berbeza  dengan senario politiking yang kelihatan lebih kepada pecah belah. Kesatuan Malaysia di dalam semangat kesukanan ini wajar dijadikan budaya dan diterap secara meluas terus ke dalam hati nurani setiap individu.  Mengambil iktibar dari fenomena ini wajarlah kerajaan memperkukuh penyertaan murid dan pelajar di dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam aspek kesukanan yang boleh memupuk persefahaman 1 Malaysia seperti yang laungkan oleh semua. Di sini,  rakyat tidak mengira siapa mereka  asalkan  mereka berjuang demi negara. Kita juga dapat mendengar dengan "sejuk-hati" kata-kata semangat yang diluahkan  dari mulut atlet kita itu bahawa mereka telah berjaya membawa kemenangan untuk negara kerana mereka cintakan negara ini. Selain dari itu pasukan Rajagobal yang meraih kejayaan demi kejayaan ini bukanlah merupakan pasukan yang telah siap dalam semalaman tetapi merupakan suatu perancangan rapi oleh pihak kerajaan dalam menaikkan mutu pencapaian dalam arena ini. Semua pejuang dalam pasukan ini merupakan anak-anak muda berketrampilan dan berkewibawaan dan dilatih sejak kecil lagi di dalam sekolah atau akdemi sukan masing-masing. Semua harus belajar menghayati  tentang ketulusan hati mereka ini dan harus dijadikan contoh penting terutama kepada ahli politik.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages