Pesanan Penaja

Friday 11 December 2009

APA LAGI YANG TINGGAL PADA MELAYU?



Salam,
Kes paling menyakitkan hati terbaru yang dibawa oleh  Nga Kor Ming dari DAP merupakan nyalaan api yang bakal membakar. Pemuda DAP yang beraliran sosialis dan berkelulusan LLB ini mungkin perlu belajar menghayati apa perasaan Orang Melayu apabila secara semberono mempertikai tentang pembinaan masjid di Malaysia. Apakah keadilan itu bermakna sama rata dan sama rasa? Tidak cukupkah apa yang telah mereka lakukan selama ini? Bukankah puak-puak ini yang telah dahulunya memulakan berdemonstrasi sambil mencaci Orang Melayu pada 1969? Apa yang kita harus pelajari ialah mereka pada masa itu telah bergabung dengan organisasi yang sekaum dengan mereka. Adakah itu bukan racist? Adakah fenomena penggabungan itu tidak berulang? Jika mereka bergabung apa yang akan terjadi kepada lanskap politik Ketuanan Melayu?

Apabila telah berlaku sesuatu yang buruk dan mengakibatkan kerugian besar kepada kaum mereka maka mereka menuduh Orang Melayu seolah-olah menzalimi mereka. Oleh ketidakpuasan hati yang meluap-luap mereka menulis buku yang kononnya untuk menyingkap perkara yang diselindung disebalik peristiwa berdarah tersebut. Kononnya rahsia sudah boleh dibongkar atas dasar melebihi tempoh dan kebebasan bersuara. Apa tujuan penerbitan buku seumpama itu? Untuk membakar semangat perjuangan Orang Melayu?

Mereka perlu tahu bahawa Orang Melayu telah hilang segala-galanya. Jika mereka alpa tentang ini  mereka harus mengingati baik-baik bahawa nama negara ini sebelum ini ialah Tanah Melayu. Mengapa perkataan Melayu ada pada nama negara ini? Dan mengapa nama negara ini dijenama kembali menjadi Malaysia. Jangan buat-buat tidak perasan bahawa perkataan "Malay" masih tercatat pada nama baru itu! Jika mereka gagal menghayati realiti ini maka mereka adalah dari golongan tidak sedar diri. Tanah siapa? TANAH M-E-L-A-Y-U !!!

Hendak dihapuskan realiti ini? JANGAN!  Dan mereka semua harus sedar bahawa ini tempat asal Orang Melayu. Kerajaan Nusantara yang memerintah sejak berkurun lamanya di sini. Melaka menjadi pusat dagangan besar sejak dari dulu lagi. Siapa memerintah Melaka dan negeri-negeri lain pada masa itu? Ada sesiapa BUTA sejarah?

Setelah negeri Tanah Melayu seperti Singapura, Negeri Pulau Pinang, Selangor jatuh ke tangan mereka adakah masih Orang Melayu tidak sedar apa agenda yang mereka rancangkan sekarang ini? Agaknya adakah Pulau Pinang itu kita boleh dapat kembali? "Berkerat rotanlah" dan "berputih matalah" kamu untuk mendapatkannya kembali dan kalau dapat pun Orang Melayu bukanlah orangnya.

Orang Melayu memang diberi keistimewaan dalam perlembagaan. Apa yang hendak dibisingkan? Ini negara asal Orang Melayu apa mereka tidak sedar lagi? Orang Melayu ditakrif sebagai Orang Islam yang berbudaya Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Apa yang hendak dikecohkan tentang Agama Islam yang memang mendapat hak sebagai Agama Rasmi di sini? Agama ini adalah Agama yang dianuti oleh Orang Melayu terutamanya! Masjid adalah tempat muslim yang kebanyakannya Melayu beribadat. Mengapa hendak dicemburukan? Kerajaan wajar memberi peruntukan kepada pembinaan ini sebab itu peruntukan perlembagaan. Kami Orang Islam dan Melayu memang sejak berpuluh tahun dahulu memotong gaji kami untuk didermakan kepada pihak yang berkaitan dengan urusan Agama Islam termasuk dalam hal pembinaan Masjid.Apa sumbangan mereka dalam hal masjid ini.  Dan persoalan di atas ini adalah paling sensitif dan jangan bermain dengan hak yang telah diberi ini jika mahu hidup dalam harmoni.

Bermacam-macam onar yang dibawa oleh mereka ini termasuklah hendak membawa orang yang bertanggungjawab membunuh Orang Melayu di zaman komunis. Bermacam-macam cobaan dan provokasi yang bertali arus menduga keimanan kita semua.  Penulis tidak pernah lupa tentang bagaimana golongan komunis itu menyerang membakar dan membunuh datuk penulis sendiri. Walau pun pahlawan itu tersungkur dalam hujan peluru yang datangnya dari lebih dari 40 orang namun Allahyarham tetap terus berjuang dan sempat membenam pisau belati yang dibawanya. Perkara ini berlaku akibat pakatan sesetengah pihak yang merancang untuk membawa mayat Allahyarham Penghulu kampung Teluk Ramunia itu ke dalam hutan untuk ditunjukkan kepada ketua jahannam mereka. Dan yang sedihnya, ditengah-tengah kumpulan penjenayah itu terdapat pula orang melayu sendiri yang bertindak sebagai penerobos ilmu Amalan Kyiai Saleh bagi mengalahkan kaum  mereka sendiri!

Perhatikanlah sentiasa ada orang melayu yang bersubahat dengan mereka ini yang akan menjadi penghancur kaum mereka sendiri. Semua penduduk Malaysia berkata jangan bercakap dalam konteks perkauman tetapi jika mereka mengetepikan hak Orang Melayu, memperli, memijak dan cuba merampas maka adakah kita juga ingin terus "make don't know" menjaga hati mereka? Kalau difikirkan, Allahyarham Tun Razak sendiri terpaksa berhempas pulas untuk mewujudkan sekolah satu aliran namun mereka sehingga sekarang tidak mempedulikan seruan itu. Mereka terus mempertahankan sekolah kaum mereka dan dalam masa yang sama Orang Melayu menggadaikan Sekolah Kebangsaan untuk dibuka kepada Orang bukan Melayu. Jika mereka tidak mahu bertolak ansur dan terus dengan agenda tersembunyi mereka kenapa tidak kita pula menubuhkan Sekolah Melayu yang khusus kepada Orang Melayu sahaja. Memang pun Orang Melayu tiada sekolah khusus!

Apa yang tinggal pada Orang Melayu sekarang ini? JAWAB!!!!
  

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages