Pesanan Penaja

Saturday 13 September 2008

Kelakarnya hujah Anwar!













Salam,

Penulis tergelak ketika menonton rakaman kempen atau ucapan yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim dalam suatu majlis di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Sungguh kelakar dan tidak relevannya korelasi yang dibuat oleh sipenceramahnya.

Beliau dalam ceramahnya menyatakan bahawa beliau baik dan berkawan dengan Dato Samy Velu dan sering pula bergurau. Dalam salah satu gurauannya Dato Samy kononnya meminta Anwar menilai kasut baru yang dipakainya dalam satu majlis. Anwar memuji kasutnya dan oleh kerana pujian tersebut Dato Samy menawarkan untuk membelikan kasut persis seperti kasut barunya itu. Peristiwa gurauan tersebut telah digunakan oleh Anwar untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Samy sebagai seorang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Langsung tiada kaitan dan begitu remeh sekali pemikiran sedemikian.

Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Penerangan juga dikutuk oleh Anwar kerana 'masalah' Bahasa Inggeris. Kononnya mutu Bahasa Inggeris Menteri Penerangan itu amat rendah. Maka di sini sekali lagi Anwar mengutuk Menteri Kabinet tersebut sambil memperlekehkan kredibiliti seluruh menteri dalam Kerajaan Barisan Nasional.

Perkara yang paling menjatuhkan maruah orang ialah ketika Anwar menyatakan bahawa jika dia menjadi PM dia akan mengekalkan jawatan Datuk Najib tetapi hanya sebagai duta ke Monggolia. Dia menghina Datuk Najib dengan mempermain dan meremehkan Datuk Najib yang akan berhadapan dengan keadaan seolah-olah orang Tibet akan 'mengerjakan' Datuk Najib kalau dia benar-benar dijadikan duta ke negara berkenaan.

Kalau dinilai seluruh ucapan Anwar ni...maka nampak sangatlah bahawa ideanya tidak boleh dipakai langsung. Kalau dia mengkritik dengan seni komunikasi yang tinggi tidak mengapa itu pun kalau hujahnya itu penuh dengan fakta dan figura. Hairan juga apabila mengenangkan bagaimana apabila mengenangkan orang begini masih diterima oleh pengundi. Agaknya inilah yang dikatakan kemudaratan akibat taksub kepada sesaorang. Kalau di Singapura, kes-kes begini sudah pasti akan membangkrapkan sipemfitnah (sudah tentu tidak boleh bertanding lagi) tersebut akibat saman jutaan singdollars yang bakal dikenakan oleh pihak yang difitnah.

Kalau pula disuruh penulis beri markah untuk hujah beliau itu penulis hanya mampu beri beliau "null value!"

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages