Pesanan Penaja

Tuesday 15 March 2011

BANGSA UNIVERSAL: SESIAPA SAHAJA BOLEH "MASUK MELAYU"

Melayu - Bangsa Universal!

Salam Sahabat,
Penulis ingin mengajak kita berfikir mengenai persoalan "Masuk Melayu" yang pada pandangan penulis ada kaitannya dengan buku yang dikarang oleh YABhg Tun Mahathir.

Bangsa Melayu ialah sebuah bangsa yang bersifat dinamik kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu asalkan dirinya beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan mengamalkan Budaya Melayu. Jika ada orang Rusia umpamanya memeluk Agama Islam dan membudayakan Budaya Melayu serta fasih berbahasa Melayu maka orang berkenaan "menjadi Melayu" atau istilah dahulu kalanya "Masuk Melayu"  Sebab itulah mereka dari keturunan arab dan india sesetengahnya diktiraf sebagai Orang Melayu. Namun, Istilah inilah yang tidak digemari oleh bukan Melayu kerana mereka ingin memastikan kemandirian mereka kekal. Sifat kemelayuan sebenarnya tidak terletak kepada sifat genetik dari kaca mata Perlembagaan Malaysia!

Namun demikian di Johor, Melayu di takrif sebagai Orang yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan Berbudaya Melayu dan nenek moyangnya (keturunannya)  berasal dari kepulauan Melayu. Frasa terakhir itu mengaitkan keturuan Melayu dengan sifat genetik.  Agak sukar untuk "Masuk Melayu" di Johor lebih-lebih lagi penentuan ini berkait rapat dengan pengurniaan tanah "Reserve Melayu" di Johor.

Sejak dahulu lagi Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah cuba melakukan proses 'Masuk Melayu'  kepada ramai bukan Melayu. Mereka memeluk Islam dan dijadikan anak angkat Allahyarham. Usaha begini telah juga dibudayakan oleh keluarga Melayu lain yang menerima anak-anak Orang Cina sebagai anak angkat mereka. Pada masa dahulu perkara sedemikian bukan menjadi isu walau pun mereka ini telah mendapat hak yang sama dengan Orang Melayu.

Jika umpamanya orang bukan Melayu menjadi seperti Dr Ridhuan Tee, maka Orang Melayu secara automatik menganggap mereka  sebagai "darah daging". Kalau kita melihat lebih jauh lagi
kita akan dapati Bangsa Melayu ini dari segi perlembagaan merupakan bangsa yang universal sebab sesiapa sahaja boleh "menjadi melayu" dengan cara memenuhi tiga ciri kemelayuan itu.
Apa yang menjadi isunya di sini ialah ramai yang tidak mahu kehilangan identiti bangsa dan kaum mereka sehingga terlupa bahawa Orang Melayu telah membuka pintu sebegitu luas untuk bersama sebagai ahli keluarga mereka .      

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages