Pesanan Penaja

Tuesday 1 March 2011

PENGAJARAN DARI REVOLUSI BUATAN TERHADAP NEGARA MUSLIMIN

 Penaklukan Semula?

Salam,
Saya melihat bahawa kepimpinan negara majoriti Muslim yang diserang oleh revolusi buatan Israel - Barat memang telah dirancang untuk dijatuhkan sejak sekian lama. Agendanya ialah mematahkan taring negara besar majoriti muslim yang kaya dengan resos terutamanya minyak. Sebagai contoh paip menyambung bahan bakar gas merentasi benua dari Afghanistan itu menuju Eropah telah lama dirancang. Oleh itu perang dan provokasi merupakan pemudahcara atau jalan untuk mendapatkan resos secara paksa sejak dari dulu.

Kekejaman Serbia terhadap muslimin Bosnia berlaku semasa Sukan Olimpik berjalan. Seluruh jagat menonton pelbagai permainan dan olahraga dan terpaku di depan kaca TV. Apatah lagi siaran satelit memancarkan siaran secara langsung yang jelas dan tidak putus-putus.  Kini sedang seluruh jagat terkeliru oleh tindakan segelintir rakyat di negara Timur Tengah 2 loji nuklear Iran dan Syria telah diserang. Serangan terhadap palestin oleh Israel meningkat berlipat kali ganda 'tanpa di sedari' oleh 'masyarakat antarabangsa'. Apa yang trajisnya ialah subjek yang terkena hentaman sepanjang zaman ialah muslimin!

Apabila Ghadafi diserang oleh pemberontak, seluruh dunia mengutuk Ghadafi dengan nada sealiran Amerika dan Barat. Jika dilihat dari satu perspektif,  pemimpin ini pernah di serang oleh jet penceroboh Amerika dan membunuh anaknya di rumahnya sendiri! Ada sesiapa yang 'berbunyi' mengenainya? Sekarang ini Amerika menempatkan bala tenteranya di sisi negara berdaulat itu. Nato sibuk berbincang mengenai kemungkinan tindakan tentera terhadap Ghadafi dan Libya. Adakah semua dunia Islam termasuk OIC akan turut mengkritik pemimpin Islam itu dan membiarkan Barat menyerang dan menakluk sumber tenaga mereka? Jika Libya diserang dan ditakluk siapakah yang bakal menguruskan negara itu? Bila mereka akan keluar dari negara malang itu? Lihat sahaja contohnya seperti Iraq dan Afghanistan.

Pernah berlaku pemberontakan di China dan negara berkenaan tidak memberi peluang kepada mereka yang memberontak itu dengan melanyak tubuh mereka menggunakan kereta - kebal. Logik tindakan pemimpin China itu ialah mereka itu adalah pemberontak yang wajib dihukum bunuh. Pemberontak yang menggunakan tindakan subversif memang menerima hukuman bunuh pada kebanyakan negara malah negara kita juga mempunyai kaedah yang sama. Kerja pembangkang bukannya untuk menumbangkan Kerajaan yang memerintah secara legal tetapi lebih kepada menjadi pengimbang pandangan dalam sesuatu pekara atau isu. Kebanyakan revolusi yang berlaku semuanya melibatkan pembangkang dan desperado yang di biayai oleh agensi antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan barat (rujuk posting terdahulu) di blog dan facebook.

Kini, kita  seolah-olah "mengiakan" saja semua perspektif barat tanpa melihat dan mengkaji apakah sebenarnya yang berlaku atau agenda apakah yang telah dirancang yang akhirnya melibatkan seluruh umat Islam. Akhbar Perdana kita turut menyokong apa yang di katakan oleh Amerika tanpa memikirkan bahawa adakah ianya benar atau manipulasi media pro Israel!

Jika seluruh umat Islam berjaya sekali lagi ditakluk oleh Kuasa Yahudi - Barat samada melalui peperangan atau melalui jalan diplomatik maka tiadalah lagi gunanya kita menceritakan tentang keagungan tamaddun Islam kerana ianya tidak dapat bertahan oleh tindakan musuh-musuh seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages