Pesanan Penaja

Sunday 15 August 2010

TIADA BEZA TUNTUTAN MCA - DAP, CUMA MCA TUNTUT DARI DALAM


Salam,
Desakan Dr Chua Soi Lek Presiden MCA,  pada 14 Ogos 2010 dalam "Kongres Ekonomi Cina" di Kuala Lumpur agar kerajaan merobah sikap agar mengutamakan meritokrasi berbanding sistem kuota mengesahkan fakta bahawa apa yang dituntut oleh MCA menyerupai tuntutan DAP cuma mereka beroperasi dari dalam. Beliau mendakwa bahawa sistem meritokrasi lebih adil. Maka dengan itu pengagihan ekonomi berasaskan kuota seperti yang dilaksanakan kini  (yang berasaskan semangat perlembagaan) hendak diketepikan begitu sahaja. Nampak jelas kebimbangan mereka bahawa Kaum Bumiputra bakal dan akan terus menuntut pengagihan ekonomi yang berasaskan kuota yang 'mungkin' menjejaskan peluang mereka untuk mendapat lebih penguasaan.  

DAP memperjuangkan kesamarataan peluang di dalam Tanah Melayu ini, namun perlembagaan parti mereka mendokong mereka yang kukuh atau kompeten ekonominya. Apa jadi dengan yang miskin papa? Jika demikian yang kaya terus diberi dan diberi. Apakah itu namanya keadilan?

Selain dari itu tuntutan supaya sekolah vernakular diperkasa serta penggunaan Bahasa Mandarin dipertingkat (hanya kerana untuk mencapai pasaran antarabangsa) pula merupakan agenda seolah-olah menentang Sistem Pendidikan Malaysia yang bercita-cita untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Simbolik terhadap kewujudan sekolah satu aliran dan Pemertabatan Bahasa Melayu ialah untuk memastikan mekanisma integrasi kaum di Malaysia menjadi lebih efektif lagi. Jika MCA terus menentang arus di dalam perkara sebegini maka nampak jelas bahawa MCA tidak begitu sealiran dengan pendirian kerajaan. Maka jika demikian, kita boleh lupakan saja visi tentang percubaan mewujudkan Bangsa Malaysia seperti yang diwar-warkan itu dan masing-masing kaum kekal dengan status-quo masing-masing.

Jika kita semua dapat "membaca" desakan-desakan sedemikian dan membanding beza diantara dari pelbagai desakan parti DAP yang banyak didominasi oleh Kaum Cina ini maka kita dapat lihat bagaimana mereka berperanan sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. Persoalannya ialah apakah UMNO (yang memartabatkan semangat perlembagaan khususnya ) dan BN amnya boleh mengharapkan MCA memperjuangkan semangat perlembagaan dalam memastikan kemenangan di dalam PRU 13 sedangkan PRU 2008 telah membuktikan bahawa mereka bukannya rakan yang boleh diharapkan? Berhati-hatilah.   

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages