Pesanan Penaja

Saturday 28 August 2010

GOLKAR: "PERLU BERKERAS DENGAN MALAYSIA. GANYANG MALAYSIA!"


Foto Hiasan
Salam,
Pergeseran antara Malaysia dengan Indonesia  yang memanaskan senario perhubungan antarabangsa   antara kedua Negara sebenarnya lebih merupakan natijah dari penentangan Parti Golkar  yang merupakan parti pembangkang terhadap kerajaan yang memerintah yang dipimpin oleh Soesilo Bambang Yudoyono (SBY).
Golkar, sebagai sebuah parti pembangkang yang pernah memerintah Indonesia dirasakan bakal mendapat “political mileage” di atas insiden yang berlaku. Isu besar yang ditimbulkan oleh parti berkenaan ialah Indonesia kelihatan ‘lembik’ apabila berhadapan dengan Malaysia. Malaysia kononnya selalu memperlekehkan integriti  negara berkenaan dan mahukan Pemerintah Indonesia berkeras terhadap segala tindak-tanduk Malaysia. Bagi menunjukkan keseriusan mereka akhbar atas talian seperti Antara News dan Tribune News memapar seruan pemimpin Golkar yang menyeru agar “Jangan selalu berdamai dengan Malaysia!” Mereka mahu Indonesia sebagai sebuah bangsa berdaulat mengambil tindakan keras terhadap Malaysia seolah-olah peperangan itu adalah jalan terbaik untuk mereka. Dan akhir-akhir ini memang ada tunjuk-tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan peperangan Malaysia - Indonesia yang menggunakan frasa seperti "Ganyang Malaysia"
Ketidakpuasan hati kalangan parti pembangkang berkenaan lebih tertumpu kepada kritikan terhadap  diri SBY yang dikatakan mahu ‘memasang badan’ diperingkat antarabangsa. Ini bermaksud bahawa presiden tersebut sedang mempamirkan imej baik di mata dunia dengan membuat pendekatan rundingan dalam menangani permasalahan antara kedua negara.
Pemerintah Indonesia sekarang ini dikritik agar tidak hanya menumpukan perhatian isu pornografi sahaja tetapi mengambil  tindakan terhadap beberapa isu lain yang melibatkan integriti negara. Isu penangkapan 3 orang pegawai perikanan mereka mempunyai kontroversinya yang tersendiri. Kakitangan awam berkenaan dikatakan berada di perairan mereka tetapi telah dipaksa menandatangi borang mengakui bahawa mereka telah masuk ke perairan Malaysia. Selain dari itu pertikaian persempadanan dikatakan merupakan isu utama yang Kerajaan Malaysia dilihat sebagai tidak serius sejak dahulu lagi. Ketidakpuasan hati berlanjutan sehingga kepada cara pemulangan 7 nelayan Malaysia yang disambut oleh Pegawai Kedutaan Malaysia di Singapura manakala Indonesia diwakili oleh pegawai yang dianggap lebih tinggi pangkatnya sehingga ianya kelihatan terlalu "menghina diri."
Isu tersembunyi lain yang dibawa oleh perwakilan Golkar bagi tujuan mengkritik Pemerintah Indonesia adalah berkaitan dengan penguasaan teknologi  ICT termasuk internet, satelit dan Telekomunikasi Selular oleh Singapura dan Malaysia. Singapura dikatakan sebagai negara kecil yang menguasai  rangkaian internet dimana “gateway” nya berada di sana.  Sistem satelit (indosat) dikatakan telah dikuasai oleh Singapura melalui pemilikan korporat.  Mereka bimbang bahawa semua ‘rahsia  negara’ dapat diketahui oleh  kedua-dua  negara yang dianggap penjajah cyber.  
Bagi Pemerintah Indonesia penentangan seperti di atas adalah lebih merupakan sesuatu yang sengaja dilakukan  bagi tujuan meraih sokongan politik semata-mata. SBY telah menghantar surat kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meminta Malaysia tidak mengambil tindakan yang drastik  menjejaskan perhubungan baik antara kedua pihak. Walau bagaimana Kerajaan Malaysia telah meminta penjelasan dari kedutaan Indonesia dan juga mula member i peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak mengadakan lawatan  ke negara berkenaan demi keselamatan.
Wallahualam
Sysalq

2 comments:

  1. sentimen satu rumpun dua negara ini boleh saja diselesaikan dengan cara bijaksana oleh pemimpin kedua-dua negara m'sia - i'nesia. segala saluran g2g, b2b dsb 'wajib' dicari sbg way out, insya-allah. mana mungkin 'isolated case' seperti ini atau kes terdahulu bisa memutuskan hubungan diplomatik, ekonomi, budaya, agama, DAN lain2nya,kerana 'the concept of complementing each other' kedua-dua negara telah terbina ratusan malah ribuan tahun di alam nusantara ini. isu ini mesti ditangani 'ibarat menarik rambut di dalam tepung' tiada yang putus mahupun yang rosak. ini hanyalah sebahagian 'acid test' dalam hubungan dua hala negara tetangga. biasanya sesuatu yang tidak diuji tidak akan diketahui kualitinya, moga-moga hikmah di sebalik ketidakfahaman sementara ini
    (typical misunderstanding) bisa mencorak terhadap hubungan yg lebih rapat dimasa hadapan lebih-lebih lagi ia berlaku dlm bulan ramadhan yang mulia,bulan yang penuh ujian, yang Allah sediakan kepada makhluk ciptaanNya yang bernama manusia, oleh itu barangsiapa yang berjaya melepasi ujian yang telah direncana NYA, maka mereka tergolong dalam makhluk terpilih dalam 'class' yang tersendiri. sebagai maksud yang tersirat dlm serangkap pantun klasik tanah melayu / malaysia : "kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa saya bawakan, kalau sungguh bagai dikata, badan dan nyawa saya serahkan". api sengketa harus dipadam segera kerana 'musuh sebenar' malaysia-indonesia sedang mengintai peluang yang lebih besar terhadap 'keberantakan' hubungan ini. MAJU MALAYSIA INDONESIA!

    ReplyDelete
  2. Syabas kerana memberikan komen yang sangat produktif

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages