Pesanan Penaja

Tuesday 17 August 2010

NATIJAH JIKA KONTRAK SOSIAL DISANGGAH

Nusantara

 Salam,
Orang Melayu, walau pun telah mendirikan kerajaan sejak sebelum zaman Kesultanan Melaka dan telah mendirikan  pelbagai institusi pemerintahan berdaulat di merata nusantara ini, terpaksa akhirnya akur dengan tekanan British agar menerima Orang Bukan Melayu sebagai rakyat ini melalui Prinsip Jus Soli. Jika tidak,  kemerdekaan dari penjajahan tidak akan diberikan oleh British. Itulah harga yang begitu mahal yang terpaksa dibayar.
Pada masa yang sama Orang Bukan Melayu (terutamanya Kaum Cina) mendakwa berhak untuk mendapat kerakyatan di Tanah Melayu kerana dikatakan telah membantu menentang penguasaan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui Negara Jepun dan China adalah merupakan musuh tradisi. Orang cina mendesak British agar memastikan bahawa mereka juga (Orang Cina) dijadikan rakyat Tanah Melayu.
Akibat desakan British juga, Dato' Onn Jaafar terpaksa keluar dari UMNO yang ditubuhkannya sendiri kerana disanggah oleh pengikutnya yang mengkritik tindakan beliau yang cuba meliberalisasikan UMNO kepada Bukan Melayu bagi memenuhi syarat kemerdekaan yang dikehendaki oleh British. Begitu bersatunya orang Melayu pada ketika itu sehingga pintu rundingan tertutup rapat. Namun, atas desakan dan paksaan oleh  British maka Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dipilih menggantikan Datuk Onn terpaksa mencari jalan untuk menubuhkan Kerajaan melalui Parti Perikatan yang merupakan barisan komponen parti politik yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Adalah amat menyedihkan apabila sebuah Tamadun Melayu yang telah lama berkerajaan dan bernegara di seluruh nusantara ini kemudiannya dipaksa pula oleh kuasa penjajahan menerima orang yang dibawa oleh mereka. Dasar begini sentiasa dilaksana oleh British sejak dari dahulu di mana jua tempat mereka bertapak.
Sebagai timbalbalas tolak ansur berkenaan persetujuan dicapai oleh British bagi memastikan Hak-hak Istimewa Orang Melayu termasuk Sistem Raja-Raja dan Kesultanan Melayu tidak diganggu gugat,Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan,   Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Apa yang dikesali ialah ramai yang telah menjadi alpa (atau buat-buat alpa) bahawa perisytiharan hak-hak berkenaan adalah merupakan prasyarat kepada pemberian taraf kerakyatan kepada kaum-kaum lain. Jika orang yang diberikan kerakyatan mula mempertikai hak-hak yang telah menjadi prasyarat itu maka adalah wajar sekiranya tafsiran kerakyatan yang telah diberikan itu  di 'lihat' kembali.
Wallahualam
Sysalq             

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages