Pesanan Penaja

Saturday 19 June 2010

PM DOLAK-DALIH: DAKWAAN EDITOR SUARA KEADILAN MELESET DAN BERUNSUR POLITIK


Salam,

Editor Suara Keadilan telah menulis satu artikel yang berjudul: Sikap Najib Mengikis Kepercayaan Antarabangsa   yang pada anggapan penulis lebih kepada berniat untuk mendapat "political mileage" dari pada mengemukakan fakta sebenar. Artikel berkenaan juga lebih kepada menjatuhkan maruah Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia (PM) yang sedang memimpin negara ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang direstui oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung. Editor berkenaan harus sedar bahawa rakyat Malaysia  dewasakini bukannya terdiri dari mereka yang mempercayai retorik politik kosong seperti itu tetapi mereka lebih suka melihat bukti nyata keberkesanan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 53 tahun dan membawa kepada era kemajuan seperti sekarang ini. Bayangkan, sebagai contoh paling mudah dan nyata, Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pembangkang, gagal membina walau sebuah mesjid pun untuk umat Islam bersembahyang sepanjang mereka memerintah di sana! Apa yang mereka buat di Kelantan? Pandai pula mereka hendak menilai PM kita, hanya melihat sambil lewa beberapa bulan beliau memerintah. Benarlah seperti kata PM kita sebelum ini, pembangkang tidak akan dapat melawan kehebatan Malaysia.

Benarkah PM mengamalkan sikap berdolak-dalih? Lihat contoh pilihanraya di Hulu Selangor. Pihak MIC 
melalui Datuk Samy Velu mahukan calon asal dan veteran dari MIC menjadi ADUN di situ. Tapi apa yang berlaku ialah Datuk Samy Velu akhirnya akur dengan kehendak pimpinan tertinggi BN yang mahukan pandangan akar umbi diambil kira dengan semangat "1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" maka calon lokal yang lebih muda diketengahkan. Adakah itu namanya berdolak-dalih?

Contoh ketara kedua dimana semangat 1Malaysia menjadi keutamaan ialah apabila pemimpin tertinggi berkenaan menerima pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad dalam keadaan yang penuh kontroversi namun semua tindakan pasukan beliau menepati dan mempunyai hasil pulangan yang dibanggakan.

Dalam soal Model Ekonomi Baru (MEB), sekali lagi semangat 1Malaysia memainkan peranan penting. MEB diformulasi oleh sekumpulan pakar yang memikirkan perencanaan mengikut perspektif profesional mereka, namun PM perlu juga menambah satu komponen lagi iaitu suara akar umbi apatah lagi ianya datang dari Orang Melayu sendiri. Kumpulan NGO seperti PERKASA amat memainkan peranan penting untuk menjadi penampan dalam membuat keputusan. PERKASA memperjuangkan keadilan bagi Orang Melayu agar ianya berada pada trek yang munasabah dan adil. Jika kumpulan profesional memberi cadangan dan cadangan itu dibaca orang di dada akhbar dan kemudiannya PERKASA dibenarkan memberi maklum balas adakah itu merupakan dolak-dalih PM? Adakah salah bagi PERKASA ragu-ragu terhadap satu rancangan ekonomi yang membabitkan rakyat seluruh negara dimana perkataan Bumiputra hanya disebut beberapa kali sahaja? Bukankah 1Malaysia menekankan perpaduan di Malaysia tanpa mengetepikan kepentingan Orang Melayu dan Bumiputra? Semenjak 13 Mei 1969 dan selama ini, prinsip ini telah dijayakan tanpa halangan.

Soal penarikan subsidi telah lama diketengahkan oleh mantan-mantan PM. YABhg Tun Mahathir menempelak orang Melayu agar jangan suka mengharap bantuan dan sokongan kerajaan (Tongkat) semata-mata. Secara perlahan subsidi cuba dikurangkan. Semasa pemerintahan YABhg Tun Abdullah juga, mekanisma pemeberian subsidi diperhalusi namun secara kebetulan pula berlaku krisis kenaikan harga minyak yang menyebabkan penurunan subsidi bagi mengimbangi kenaikan mendadak tersebut. Dalam mana-mana kes kenaikan harga barangan, pembangkang akan sentiasa memainkan peranan "jahat" bagi memfitnah Kerajaan Malaysia. Sekali lagi benarlah kata PM, bahawa pembangkang sudah kehabisan modal dan mereka memang tidak boleh melawan Malaysia.

Jika pembangkang menabur pelbagai janji semasa pilihanraya 2008 dan gagal melaksanakannya, jika PAS umpamanya menjanjikan hudud dan pemerintahan Islam dan akhirnya entah ke mana, adakah itu bukan berdolak-dalih? Kita boleh baca dan tonton di pelbagai media tentang janji kosong pembangkang ini. Mereka sentiasa berdolak-dalih.

Berkenaan Malaysia dikatakan akan bankrap tidak lama lagi, pelbagai kiraan dan ramalan diutarakan oleh pakar termasuk dari Datuk Seri Idris Jala yang mewakili suatu jawatankuasa khas. Namun pandangan pihak lain, tetap diambil kira termasuk yang datangnya dari akar umbi yang tidak kurang pengetahuan dan pengalaman. YAB Dato' Seri Najib adalah merupakan salah seorang pemimpin yang membuka ruang atau medan perbincangan seluas-luasnya. Semua program, atau tindakan yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan secara berhati-hati dan  bukannya hendak menjadi jagoan dengan menunjukkan sifat autokratik dalam membuat keputusan.

Penulis berpendapat, bahawa sejak kebelakangan ini, pakatan pembangkang telah menjadi "tidak keruan". Saban masa, ada saja orang-orang mereka yang menyesal dan berpaling tadah. Saban hari ada saja pendedahan tidak enak yang disebut oleh bekas penyokong mereka sendiri tentang pimpinan tertinggi mereka. Parti komponen mereka sudah  tidak mempunyai visi yang jelas cuma menunggu masa untuk rebah. Kebanyakan dari parti komponennya pula masih dipimpin oleh "orang-orang lama" yang telah membuat pelbagai kesilapan besar sepanjang mereka berpolitik. Mereka adalah pembangkang yang tidak membina tetapi lebih "terliur" untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia dan merebut kerusi. Maka sekali lagi, benarlah seperti kata PM kita mereka tidak akan dapat melawan Malaysia!

3 comments:

  1. saya tak minat perkara ini.. yang penting.. ISLAM .. ANALOGI NYA. PEMANDU DAN KERETA.. KALAU KEMALANGAN.. SIAPA YANG DIPERSALAHKAN?? PEMANDU?? KERETA ?? INGAT LE... ISLAM TAK SALAH.. MANUSIA YANG MENERAJUI NYA.. SAMA JUGA PARTI POLITIK.. UMNO , BARISAN NASIONAL .. BAGUS.. TAPI CUBA LIHAT ORANG YANG ADA DI DALAMNYA.. SAYA RASA ANDA TAHU YANG SEBENAR.. YG PENTING .. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. JGN KITA BERSUBAHAT PULA

    ReplyDelete
  2. komen saya ini mesti saudara tak berani nak visible kan ?? sama2 juga komen22 yg sedara rasa, ianya akan memberi penjelasan yang benar terhadap apa yang sedara tulis.. so.. tak payah susah2 pening2 kepala nak jadi wira barisan nasional..

    ReplyDelete
  3. Anom: Siapa kata Islam bersalah atau Organisasi yang bersalah. Manusia yang akan masuk neraka atau syurga - itu saya bersetuju sangat. Jika sekumpulan manusia yang menggunakan logo Agama dan menganggap mereka bakal ahli syurga dan menafikan keIslaman orang lain daripada kelompok mereka maka adakah organisasinya yang masuk neraka? Allah memang mengetahui, tetpai manusia tidak mengetahui - jadi jangan suka memfitnah jika berada dibarisan pembangkang. Muhasabah diri melihat untuk apa yang kita dah buat selama ini. Ramai orang kata dirinya ahli Islam atau minat Islam atau memperjuangkan Islam, tapi bila sampai masa, saudara seIslam tidak dipedulikan dan rakan sosialis dan bermasalah moral yang diterima dengan baik!

    Subhanallah!

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages