Pesanan Penaja

Sunday 3 January 2010

HERALD dan Pihak Kristian boleh guna nama Allah!


"Ya Allah, benarlah ayat mu - mereka tidak pernah senang melihat kami 
mengamalkan Islam "

Salam,

Memang pihak The Catholic weekly Herald  boleh mencetak nama Allah dalam penerbitan mereka sebab mereka percaya GOD itu Allah! Selain dari itu demokrasi yang diamalkan nampaknya kelihatan 'membolehkan' sesiapa saja menggunakan apa saja perkataan dalam penerbitan mereka kerana ianya berkaitan dengan kebebasan individu untuk bersuara! Kebebasan selepas bersuara? Belum tentu lagi.....

Setahu penulis yang cetek ilmu ini, pegangan orang kristian mengenai sifat-sifat GOD tidak sama dengan ALLAh di dalam al-Quran. Kalau meka hendak menggunakannya juga mereka kena buang beberapa kepercayaan di dalam agama mereka. Mereka mungkin "sakit hati" membaca frasa di bawah, tidak mengapa kerana mereka telah lama menyakitkan hati muslim semua:

Pertamanya ialah  konsep Tauhid dalam Islam amat jauh berbeza dengan konsep Triniti (Tuhan Tiga dalam Satu), jadi mereka kena tinggalkan kepercayaan Tuhan tiga serangkai itu GOD, Son of GOD dan ROH SUCI yang ketiga-tiganya adalah menifestasi dari yang satu!. Allah tidak begitu sifatnya.

Keduanya mereka kena buang jauh-jauh kepercayaan bahawa GOD itu beranak atau diperanakkan kerana ALLAH "tidak beranak dan diperanakkan".Di dalam kepercayaan triniti diceritakan bahawa GOD menurunkan Anak GOD untuk menyelamatkan manusia kerana dosa Adam. Jika mereka semua berani mengubah beberapa konsep penting di dalam kepercayaan mereka maka barulah sifat GOD itu menghampiri sifat ALLAH. Natijah dari perubahan itu maka mereka wajib mengubah kesemua perkara yang berkaitan dengan dua premis di atas. Jika mereka iklhas hendak mengubahnya maka alhamdulillah kita semua bersyukur. Jika tidak mereka wajib meninggalkan penggunaan nama tersebut kerana sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi di dalam misi memperjuangkan penggunaan nama tersebut.

Pihak-pihak tertentu yang menyokong penggunaan nama tersebut adalah merupakan pihak yang menyokong Kristian melebihi agama mereka sendiri akibat menjaga persahabatan dalam politik dan sebagainya. Orang-orang begini tidak boleh diharap dalam perjuangan mempertahankan agama kerana mereka boleh dijual beli demi kemenangan dalam politik. Jika anda takut kekalahan kita dalam pilihanraya cuba tanya diri kita sendiri berapa jumlah sebenar kita yang Islam ini? Adakah dengan bersatu kita akan kalah? Mustahil.

Jadi semua orang jangan tersalah pilih pemimpin di masa akan datang kerana hukum karmanya amatlah berat dan tidak boleh berundur. Kita jangan lewa dengan siapa yang "pegang" umpamanya Majlis Peguam, Suhakam, Persatuan Pengguna, ADUN, Ahli Parlimen, Sistem Kehakiman, atau Kaum Korporat yang juga boleh mempengaruhi keputusan kita. Apatah lagi jika kita tahu "mana-mana bandit"  duduk bersengongkol dengan agen-agen asing yang hendak memporakperandakan kita semua dan jangan lupa orang Melayu yang "makan" orang Melayu sendiri!  Jika kita lewa...kita akan "berputih mata" dan mungkin "berputih tulang"  dalam banyak hal berkaitan dengan haq-haq kita. Jadi kita kena fikir baik-baik, rancang baik-baik pastikan kita kembali berkuasa semula melebihi 2/3 dan pastikan Islam menjadi majoriti! Jika rakan politik kita main kayu tiga - bentuklah strategi lain yang lebih cerdik. 

Abang Long (sysalq)

2 comments:

  1. Setuju. Macam mana nak implement penggunaan "Allah" tu sebab Trinity tidak bersifat "Esa".

    Apakah setiap person dalam trinity tu sekarang sudah dapat Tittle Allah lalu jadi:

    Allah (Father), Anak Allah (Son) dan Kuasa Allah (Holy spirit)

    Atau

    triune god itu sendiri yang membentuk kesatuan disebut Allah?

    Mengikut kamus dewan, Allah bermaksud:

    Allah Ar Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja);

    Sama ada cara pertama (manganugerahkan tittle Allah kepada setiap anggota Trinity) atau kedua (Triune God itu yang mendapat tittle Allah), tidak menepati maksud kamus dewan iaitu hendaklah berdifat "Esa".

    Mungkin makna kamus dewan pun kena tukar sekarang ni. Dari "yang Esa" kepada "yang bertiga".

    ReplyDelete
  2. Harap difahami bahawa bila dikatakan bahawa Triune itu bukannya ESA tetapi bertiga yang dalam satu pula maka implikasinya ialah ianya tidak sama langsung dengan makna kalimah Allah yang ESA. Allah yang ESA bermaksud tidak disyarikatkan, tidak beranak dan diperanak. Kebenaran ini termaktub dalam al-Quran yang bebas dari perubahan oleh tangan-tangan manusia. Maka mana mungkin hendak dimain-main "reversal" semacam itu!

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages