Pesanan Penaja

Thursday 20 August 2009

NIK AZIZ - MAKIN BUAT KENYATAAN MAKIN KECOH


Salam.
Setelah membuat kenyataan bahawa pengikut UMNO dikatakan bakal tidak masuk syurga, Nik Aziz (NA) membuat 'penjelasan' seperti yang penulis jangkakan supaya kenyataan pertamanya kelihatan 'bijak dan betul'. Rupanya tidak berlaku seperti yang diharapkan beliau. NA pulak hendak menyaman akhbar yang konon memfitnahnya. Dalam satu temuramah dengan media beliau 'memperkukuh' kenyataan bahawa memang orang yang tidak menyertakan Islam dengan Iman adalah tidak akan

masuk ke syurga. Jadi orang yang pro UMNO dikatakan bersifat demikian. Pelik sungguh cakap merapu begini! Setahu penulis, sebagai orang awam, kalau persoalan iman hendak kita bincangkan "tidak dapat tidak" mesti menyemak amalan dan penghayatan apa yang dinamakan sebagai Rukun Iman. Rukun Iman yang enam perkara itu siapa yang berani tinggalkan? Budak-budak Sekolah Agama Johor sejak kecil lagi sudah diajar dengan fakta demikian. Persoalan Rukun Islam apatah lagi - cukup difahami. Ada kah orang UMNO yang mengamalkan Islam itu meninggalkan Iman? Sungguh merapu dan merapek NA ni!

Bila sudah menimbulkan kekecohan, panggil pula orang lain beri penerangan dalam Harakah terbitan pada 20hb Ogos 2009 (rujuk gambar di atas). Artikel berkenaan (berjudul Pisah Agama dengan Politik Tidak Masuk Syurga) makin mengelirukan. Tidak payahlah hendak menjelaskan benda-benda yang dah jelas. Kita semua sudah tahu apa yang harus amal di dalam Islam. Kami orang Islam mengamalkan apa yang kami baca pada doa Iftitah pada setiap sembahyang yang menekankan persoalan keikhlasan, keimanan dan ketauhidan. Jangan suka merendah-rendahkan keIslaman orang lain. Puak dan konco mereka ini selalu merasa lebih Islamik dan sering hendak "mengajar-ngajar" orang lain dan yang peliknya ialah banyak benda yang dibawa menjadi persoalan dan dituduh songsang. Lihat sajalah apa yang didakwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka bukan orang bodoh..mereka skolar yang berilmu dan berpenghayatan!

Wahai kamu yang menimbulkan kontroversial antara Islam dan Melayu kembalilah kepangkal jalan. Kamu melebihkan orang bukan Islam yang menentang Islam dari orang-orang Islam sendiri. Cuba jawab soalan ini: Orang bukan Islam yang cuba menghancurkan Islam tu apa kategorinya? Adakah mereka sahabat orang Islam? Atau wajib diperangi? Di dalam Islam bukankah telah dinyatakan dengan jelas?

Kamu selalu buat benda-benda secara terbalik!


No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages