Pesanan Penaja

Friday 10 October 2008

Hairan bin Takjub melihat Anwar!

Salam,

Masih ingat lagi janji PKR untuk mengambil alih kerajaan pada 16hb September 2008 lepas? Kononnya pada tarikh berkenaan semuanya telah siap sedia untuk menerima kerajaan baru ketika hampir 30 orang Wakil Parlimen Barisan Nasional dikatakan sudah bersedia untuk berpaling tadah..namun apa yang berlaku "satu habuk pun tara!!!" 16hb ditukar pulak dengan sambutan Hari Malaysia dan berterusan lah rakyat dikelirukan lepas satu, lepas satu dan seterusnya sampai semua orang jadi tua untuk menunggu kebenaran akan apa jua yang dikatakan itu. Begitulah liciknya manusia didunia ini.

Namun bagi menghiasi fakta ingin penulis merakam pulak berita sedutan Harakah Daily yang dipaparkan seperti di bawah:

"Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan - Anwar
Lanjusoh

Fri | Oct 10, 08 | 11:18:20 am MYT

KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato� Seri Anwar Ibrahim.







Beliau berkata, lagi pun rakyat sebelum ini sanggup menunggu puluhan tahun bagi membolehkan Pakatan Rakyat bangkit pada pilihan raya umum lalu.

"Puluhan tahun kita sanggup tunggu, tak kan hendak tunggu sekejap lagi pun tidak boleh," katanya pada ceramah perdana Aidilfitri di Padang Perdana, malam tadi.

Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Ceramah itu turut mendapat liputan sebuah stesen televisyen dari Australia yang memfokuskan segmen kebangkitan semula Anwar.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan wakil-wakil rakyat Kelantan.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktud dalam perlembagaan.

Katanya menjadi keutamaan Pakatan Rakyat untuk terus memartabatkan Islam dan PAS tetap menjadi penaju utama kepada kerajaan baru.

Menurutnya, setiap dasar kerajaan akan diputuskan bersama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dan bukan menjadi dominan kepada pihak tertentu sahaja.

Anwar juga memberitahu beliau tidak setuju dengan cara pemimpin Umno menghina begitu rupa presiden mereka sehingga terpaksa membuat keputusan berundur Mac depan.

"Oleh itu baki lima bulan yang ada sekarang Perdana Menteri hendaklah menggunakan ruang tersebut bagi memulihkan kembali reputasinya. Pertama membebaskan mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kemunting.

"Dato' Seri Abdulllah tidak perlu lagi takut kepada pemimpin lain dalam Umno kerana mereka sudah meneranjangnya sekarang," tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya Abdullah tidak menggunakan peluang tersebut, Pakatan Rakyat akan melakukannya dengan membebaskan semua tahanan ISA apabila dapat membentuk kerajaan kelak. "

Begitulah adanya. Sekejap itu dan sekejap ini. Kalau dulu macam beria-ia benar, macam sudah nak sangat berlaku perubahan kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh mereka. Macam langit dah nak runtuh dah! Rupanya itu hanya "gemburan politik" yang mangsanya ialah sipenyokong.

Apa yang pelik ialah orang-orang PAS yang tidak tahu menuju kehulu atau kehilir. Mereka macam pandai main silap mata. Bermain kata-kata politik. Apa jua yang diperkatakan oleh 'sahabat mereka' hampir betul semua pada mereka. Cara orang PAS 'bermain politik' ialah menjadi kan PAS tu serupa macam ISLAM. Ada dakwaan dari kepimpinan mereka yang menyatakan bahawa orang UMNO masuk PAS boleh menguatkan ISLAM. Seolah-olah PAS tu ISLAM. Apa yang orang ramai tidak sedar ialah jika 'masuk' PAS kena bayar yuran ahli parti PAS ada perlembagaan ciptaan manusia dan ada AJK, ada Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat dll...
kalau 'masuk' ISLAM ada kena bayar yuran ahli dan semua yang lain-lain tu?

Pemimpin PAS yang tidak penat menyokong PKR mengelirukan rakyat dengan membuatkan rakyat menganggap bahawa parti PAS itu seolah-olah adalah ISLAM. Itulah yang peliknya. UMNO tidak pula begitu. Walau pun ada dalam perlembagaan UMNO bahawa ISLAM adalah menjadi pedoman namun orang UMNO tidak cuba mengelirukan rakyat dengan cara yang telah PAS perbuat.

Jika PAS terhuyung hayang..tidak tahu kemana nak pergi..bermain tarik tali dalam soal-soal kepentingan Agama dan Negara maka siapalah lagi nak diharapkan melainkan UMNO yang amat jelas perjuangannya

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages