Pesanan Penaja

Wednesday 18 February 2009

Keperibadian yang wajar - Bukan hanya kelihatan bersih tetapi mesti benar-benar bersih.


Benar kata Saudara Ibrahim Ali, kehidupan hal peribadi YB juga adalah milik rakyat kerana rakyat memilih untuk mewakili mereka. Jika sesuatu yang berlaku bertentangan dengan moral maka rakyat berhak mengambil tindakan. Maka sipelaku harus menyedari bahawa jawatan YB yang disandang itu ada pertanggung-jawabannya!

Apabila beberapa pemimpin PAS dan penulis blog pro mereka tersasul menjawab provokasi akhbar konon foto mengaibkan itu adalah konspirasi politik BN (malah UMNO) maka huraian ayat-ayat al-Quran yang berkaitan 'berita palsu' dikeluarkan (sungguh sedih bila ayat-ayat Quran dipermainkan begitu sahaja). Semua orang disuruh menyemak kesahihan gambar yang menjadi kontraversial itu dari perspektif ayat berkenaan. Maka tiadalah orang dari kalangan pemimpin mereka mempertikai tentang tingkah laku wakil rakyat sendiri...sehinggalah Husam Musa tersadar untuk memberi komen yang 'membina' setelah mungkin tersedar akan kesilapan yang berlaku. Mungkin beliau bimbang orang akan mempertikai tentang kesungguhan partinya dalam memperjuangkan perkara akhlak dan sebagainya..almaklumlah mereka sentiasa mendakwa mereka..lebih Islamik.

Skandal seks sebenarnya jika berlaku di Barat atau di Jepun akan menjadi isu besar. Biasanya orang yang terlibat terus meletak jawatan tanpa banyak retorik seperti di Malaysia. Di Malaysia, orang yang terlibat dengan skandal seks masih boleh diterima oleh rakyat untuk memegang jawatan tanpa segan silu, seolah-olah mereka tidak bersalah langsung...apa yang dipersalahkan ialah sipengadu itu, tidak kiralah bahawa sipengadu itu bekas "boyfriend"nya atau "rakan rapat"nya. Si Pengadu sentiasa dituduh sebagai orang yang menceroboh "privacy" tanpa sadar bahawa apabila berita berkenaan telah tersebar didada-dada akhbar peristiwa yang berlaku bukanlah lagi soal "privacy" tetapi telah menjadi urusan "public" yang berkaitan dengan soal pertanggung-jawaban.

Apa yang pasti ialah sehingga kini kita telah membazir masa akibah kerenah pergelutan politik yang tiada penghujungnya. Tumpuan kepada soal pentadbiran dan ekonomi telah menjadi kurang. Parahnya ialah, keadaan sebelum ini adalah jauh lebih baik dan lebih tenang!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages