Kawasan N39 DUN Tanjung Surat bakal memperolehi Wakil
Rakyat baru yang telah terpilih menjadi calon di atas tiket Barisan Nasional. Jika
menang di dalam Piliharaya Ke 13 ini maka beliau berhasrat untuk menjadi
seorang Wakil Rakyat yang berkesan dan efisien. Dari segi falsafahnya menurut
beliau Wakil Rakyat merupakan perantara atau penghubung di antara rakyat dengan
kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Menurut beliau hubungan sosial dan
komunikasi berkesan adalah sangat penting di dalam memastikan bahawa kerajaan
memahami kehendak dan keperluan rakyat disamping sebagai balasan rakyat pula
memainkan peranan proaktif memastikan segala sistem di dalam kerajaan berjalan
dengan lancar tanpa diganggu-gugat.
Dato’ Syed Sis amat berharap untuk mengangkat kawasan DUN
Tanjung Surat setaraf dengan kawasan lain yang berjaya dimajukan. Beliau ingin
memastikan sedaya upaya bahawa setiap pengundinya berhak mendapat
infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang bakal diberikan.
Bagi tujuan rujukan kepada para pengundi dan juga pihak
yang berminat untuk mengetahui maka berikut dipaparkan butiran latar
belakangnya:
Dato’
Ir. Syed Sis b. Syed A. Rahman dilahirkan pada 5hb Jun 1953 di Kampung Telok
Ramunia, Penggerang Johor. Di Penggerang beliau bersekolah di SK Telok Ramunia
dan melanjutkan pelajaran di sekolah aliran Ingerís Penggerang dan seterusnya
ke Sekolah Menengah Ingerís Laksamana di Kota Tinggi
Allahyarham
Ayahenda beliau (Syed Abdul Rahman bin Syed Yahya) seorang pemastautin
melebihi 40 tahun di kawasan ini merupakan mantan seorang Imam dan Naib Kadhi
bagi Mukim Pantai Timar manakala bondanya bernama Sharipah Zainab bte Syed
Mohammad adalah surirumah. Hasil perkongsian hidup orang tuanya beliau
mempunyai 11 orang adik beradik. Yang Berbahagia Dato’ Ir. mempunyai seramai 3
orang anak hasil perkahwinan beliau dengan Y.M Tunku Datin Sherifah
Noriza Syed Idrus sejak 1981
Diperingkat
Universiti Dato’ Ir. memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam di UTM pada 1975
kemudian melanjutkan pelajaran ke Peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di
University Glasgow, Scotland 1978. Pada 1992 beliau dianugerahkan Kesarjanaan
dalam bidang Pentadbiran Perniagaan melalui Intertational Management Centre,
Buckimham.
Di
dalam kerjaya profesional Sejas 1985 beliau merupakan ahli Institut Jurutera
Malaysia dan juga diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dari Lembaga Jurutera
Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Bendahari Gabungan Jurutera
Perunding Bumiputra Malaysia pada 2003-2005
Dari
segi pentadbiran calon Barisan Nasional ini berpengalaman sebagai Ahli Majlis
Daerah Rembau (1980 – 81), Segamat Utara (1982 – 1989) dan Segamat
Selatan (1982 – 1989) manakala di dalam Sektor Swasta pula beliau ádalah
Pemilik dan Pengurus SSR Consultants, Pengarah Urusan SSR Partners Sdn Bhd dan
Pengerusi dan Perunding AKS Sdn Bhd
Penglibatan
beliau secara serius di dalam bidang politik bermula pada 1983 sebagai
AJK UMNO Cawangan Bandar Segamat manakala bergerak aktif sebagai AJK
Pemuda Bahagian Segamat pada 1984 dan seterusnya dipilih untuk berada dalam
UMNO Bahagian Segamat selaku AJK Bahagian dan menjawat jawatan sebagai
Pengerusi Biro Sumber Manusia. Di Segamat Ketua Bahagian pada masa itu ialah Yg Bhg Tun
Musa Hitam.
Penghijrahan
Dato’ Ir kepada pula UMNO Kota Tinggi bermula pada 1995 - 2003 sebagai
AJK Bahagian. Di Kota Tinggi, beliau dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian
(1998 – 2001). Tidak berapa lama kemudian setelah daerah kecil Penggerang
diwujudkan, maka pada 2004 beliau membuat keputusan untuk aktif di dalam UMNO
Cawangan Kampung Baru Telok Ramunia sehingga sekarang.
Dari
pengurusan organisasi dan sudut sukan dan rekreasi pula, penglibatan aktif
beliau tidak boleh dinafikan. Sejak tahun 1984 lagi beliau telah dipilih untuk
menjawat pelbagai jawatan pentadbiran organisasi sukan termasuk sebagai Yang
Dipertua Perstuan Bola Sepak Daerah Segamat, Ahli Majlis Sukan Negeri Johor,
Ahli Royal Country Club.
Dato'
Ir. Syed Sis merupakan anak jati Penggerang. Beliau dilahirkan di Kg. Teluk
Ramunia dan bersekolah rendah di kawasan Penggerang juga. Ketika bersekolah
menengah, belaiu belajar di Sekolah Menengah Laksamana di Bandar Koa Tinggi.
Ramai
daripada teman-teman sekolah beliau yang terdiri dari berbilang kaum masih
tinggal di kawasan Penggerang dan seluruh Kota Tinggi. Malah ada dianara mereka merupakan
ahli-ahli parti yang aktif dalam samada UMNO, MCA atau MIC. Malah ketua MCA
Bahagian Penggerang adalah orang kampung beliau. Beliau masih menjalin hubungan
dengan teman-teman samada melalui acara-acara kemasyarakatan dan majlis
perjumpaan murid-murid tua sekolah-sekolah beliau yang diadakan dari semasa ke
semasa. Mereka-mereka ini serra keluarga masing-masing merupakan juga
pengundi-pengundi samada di kawasan Penggerang mahupun di kawasan arlimen Kota
Tinggi.
Kesimpulannya Dato' Ir. Syed Sis bukanlah
orang yang asing di daerah Kota Tinggi dan khususnya di daerah kecil
Penggerang.
Adalah jelas bahawa calon N39 DUN
Tanjung Surat merupakan seorang yang amat berwibawa dan berpengalaman, lengkap
dengan kebolehan profesional serta mempunyai rangkaian sosial yang luas untuk
membolehkan beliau mengangkat Kawasan DUN Tanjung Surat ke suatu tahap yang
setanding dengan kawasan lain yang lebih maju.
Tahniah kpd Syed Sis diatas pencalunannya sebagai ADUN Tg.Surat. Dia junior saya semasa di LSSKT. Tahniah juga kpd Cikgu Syed Hamid. Didoakan semuge mendapat kejayaan yang gemilang dihari pengundian kelak.
ReplyDeleteTerima kasih kerana keperihatinan anda. Selamat maju jaya.
Deletesaya akan pangkah BN.. hehhehe.. namun kecewa... Dun penawar calon nya ramai yg pertikaikan dan tak setuju ... nasib baik saya dun tg surat... ermm semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik.. HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!
ReplyDeleteSteady.. terbaik lengkap and baru tau sebab sebelum ni dato harun.. by pengundi tg surat..
ReplyDeletenice post i really inspire this article and also containing good content.
ReplyDelete