Simbol Perjuangan Melayu
Dikatakan mutakhir ini, bahawa hanya Pelabuhan Melaka sahaja
yang pernah dijajah manakala negeri lain sebenarnya hanya dinaungi.
Walau pun demikian, sejak dari itu penduduk negara ini tidak boleh
berkreatif dan inovatif apatah lagi untuk membuat keputusan sendiri.
Walau pun tidak diserang dengan angkatan tentera luar namun minda telah
dijajah dan diperintah sehinggalah tahun 1957 dimana kita dikatakan
telah merdeka. Merdeka bermakna kita boleh memerintah dan membuat
keputusan sendiri walau pun masih menerima nasihat dari Brittish namun
jika tidak ingin mengikutinya kita masih bebas berkehidupan.
Kita telah melalui pelbagai fasa pembangunan berterusan sehinggga
sekarang setelah 55 tahun berjuang untuk memajukan negara. Pemimpin
berjaya membangunkan negara ini mengikut acuan sendiri sehingga hanya
Malaysia mempunyai sebuah wawasan dalam jangkamasa tertentu. Hanya 8
tahun lagi kita akan berada di dalam era perlaksanaan penuh Wawasan 2020
dimana Malaysia menjadi negara maju atas acuan sendiri. Kita membina
landasan sendiri dengan acuan sendiri. Kita hendak maju dengan cara
sendiri. Kita mahu menjadi negara Islam yang maju malah menjadi negara
Islam contoh kepada yang lain.
Rupa-rupanya akibat nafsu serakah beberapa kerat manusia desperado
yang ingin berkuasa maka segala perancangan dan perlaksanaan visi yang
dijangkakan itu akan tergugat. Tanpa disedari pihak asing telah menyusup
masuk sejak sekitar 20 tahun yang lalu. Mereka menyuntik dana sehingga
beratus juta ringgit demi cuba menguasai sistem pemerintahan Malaysia
melalui adikong mereka. Segala institut yang telah diketahui umum
mengerah kewangan dan tenaga mereka untuk melatih kader-kader mereka
bagi meneroka jalan singkat untuk menguasai negara hebat ini. Penjajahan
melalui rasuah dengan cara menaja kehidupan adikong mereka di sini
terus diperkembang. Manusia yang dijangka mempunyai bakat untuk
membangkang dan menyusahkan negara ini dibeli dengan mengikat mereka
dengan dana-dana yang datang mencurah. Tidak cukup melalui sistem bank
mereka menggunakan kaedah penyeludupan wang sehingga transaksi berkenaan
sukar dikesan.
Akibat dari pengaruh pemimpin desperado itu mereka telah mula
menjajah pemikiran ramai penyokong. Para penyokong dijadikan zombe untuk
mengikut telunjuk mereka. Penyokong ini diminta melakukan provokasi
kepada kerajaan secara berpanjangan dan sudah tentu pembiayaan aktiviti
mereka ini datang dari dana rasuah yang masuk ke dalam negara ini secara
haram. Ramai dari para penyokong tidak mengetahui apa tujuan sebenar
mereka terlibat di dalam provokasi berkenaan. Apa yang menyedihkan ialah
mereka sanggup membeli pemimpin-pemimpin agama yang dahulunya cuba
memperjuankan kebenaran tetapi telah mula terikut-ikut dengan cara jahat
mereka. Kesan paling buruk akibat tindakan mereka ini ialah masalah
perpaduan Orang Melayu. Orang Melayu telah berpecah dan impak perpecahan
itu ialah mereka akan kehilangan suara majoriti. Keadaan ini amat
disukai oleh sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk
menguasai negara ini.
Sebenarnya, Malaysia tercinta telah mula dan sedang cuba dijajah
kembali. Sebahagian penduduk telah dijajah mindanya. Jika akhirnya
kerajaan tewas maka penjajahan ini akan mencapai kepuncaknya. Akan
jadilah apa yang amat ditakuti. Orang Melayu sudah pasti akan terhina di
dalam tanah airnya sendiri. Tiada lagi keistimewaan kepada mereka dan
Agama mereka (Islam). Mereka akan berada dibumi yang asing. Melalui
adikong tempatan mereka, penjajah ini akan melakukan pemunggahan hasil
mahsul negara ini persis seperti dahulu. Rakyat menjadi hamba pekerja
untuk sipenjajah.
Walau bagaimana pun kerajaan kita bukan kerajaan yang lemah. Barisan
Kepimpinan bersama NGO dan Rakyat telah dapat mengenalpasti semua mereka
yang terlibat dan tidak lama lagi semua adikong mereka akan menerima
padahnya.
No comments:
Post a Comment
Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.