Bubur Lambok. Bubur sinonim dengan ramadhan. Aku teringat Allahyarham
Ayahendaku bila menjamah bubur yang enak ini. Sejak kecil aku telah
dibudayakan dengannya. Setiap kali Ramadhan aku pasti akan
mendapatkannya..bermula dari masjid kampungku sehinggalah ke Masjid
Taman Bukit Tiram berhampiran rumah Ibuku ketika berhijrah ke Taman
Puteri Wangsa. Bila tinggal di JB aku mendapatkannya di Masjid BBU.
Sanggup berbaris. Mungkin kerana kewujudannya telah menjadi sebati
dengan diriku maka aku merasa amat ralat apabila gagal
mendapatkannya....percaya tak aku pernah menitiskan air mata kerana
gagal mendapatkannya dari RTM dan Masjid BBU setelah bekejar ke tempat
berkenaan ketika aku merasa rindu betul dengannya...
No comments:
Post a Comment
Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.