"Nota ini penulis catatkan di FB bagi menjawab keresahan hati seorang sahabat mengenai pandangan peribadinya terhadap kerajaan dan PAS."
Jika PAS dan DAP baru belajar berkompromi antara satu sama lain kononnya sejak 10 tahun yang lalu, maka ketahuilah bahawa BN atau Perikatan dahulunya mengamalkan setiakawan pelbagai kaum sejak barisan itu ditubuhkan lebih dari 50 tahun yang lalu. Tiada langsung penolakan amalan Islam oleh komponen BN sehingga ke hari ini. Tidak boleh dinafikan bahawa ikatan sebegini telah mengajar dan memberi pengalaman dan erti mendalam tentang perpaduan, perkongsian, toleransi dan penerimaan lebih dari yang lain. Kesan dari pengalaman itu mewujudkan keperluan untuk menegakkan Gagasan 1Malaysia.Gagasan 1Malaysia adalah merupakan budaya yang telah terlebih dahulu diamalkan dalam menuju ke arah mewujudkan bangsa Malaysia.
Sahabatku, "Malaysia tidak didirikan dalam satu hari" tetapi ditegakkan dengan perjuangan yang penuh jitu yang datangnya dari komitmen penuh seluruh warga yang prihatin sejak zaman berzaman. Darah yang mengalir oleh kekejaman Jepun dan Komnunis masih lagi sentiasa dalam kenangan. Iannya bukan pakatan yang hanya baru hendak belajar berkawan sejak 10 tahun jelasnya Gagasan 1Malaysia adalah simbolik kepada kewujudan Malaysia itu sendiri.
Tidak payahlah disebut segala-segala maksiat dan rasuah yang telah saya jelaskan bahawa ianya persoalan individu atau personal. Dan tidak usahlah dikaitkan sebarang pemimpin parti itu atau ini mengamalkan rasuah. Tuduhan sedemikian adalah tuduhan tradisional yang digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya tanpa perlu membuktikannya. Apa yang lebih penting ialah periksalah perlembagaan UMNO dan BN tidak sekelumit pun frasa yang menyuruh sesiapa ahlinya untuk melakukan maksiat dan rasuah. Tetapi...
..Tetapi jika sesiapa jua yang sengaja memilih ketuanya dari orang munafik yang penuh kontroversi yang kes maksiatnya masih terus dibicarakan, yang pula bersekongkol dengan Yahudi dan ingin menjatuhkan kerajaan Islam yang sah, bergelumang dengan budaya hedonistik dan mengamalkan cara hidup "gay" sambil mengajak suku sakat lain yang "amat bertentangan pendirian" untuk akhirnya menggempur kerajaan sah pilihan rakyat yang mendukung Islam sebagai Agama Rasmi maka dari konteks hukum hakamnya amatlah jelas.
Apa pula hendak disalahkan kerajaan yang memerintah selama lebih 53 tahun yang telah secara praktiknya meletakkan Islam ditempat teratas. Kerajaan ini ialah kerajaan yang telah berjaya mewujudkan suasana yang cukup kondusif untuk berkehidupan, kerajaan yang menyelesaikan masalah kemiskinan tegar, kerajaan yang mengamalkan kaedah Islam dengan menerapkan institusi Zakat dan Tabung Haji di dalam urusan perekonomian. Kerajaan ini juga yang mencetuskan sistem perbankan Islamik yang diguna pakai dan menjadi model bagi banyak negara termasuk negara arab sendiri.Kerajaan yang membantu negara yang mengalami kesusahan malah berkorban nyawa membela pejuang keamanan di luar negara! Jika hendak dituliskan kebaikan yang dicurahkan rasanya tidak cukup ruang facebook ini.
Namun oleh kerana ada manusia hina yang desperado dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun termasuk dengan cara yang tidak langsung Islamik maka seluruh jentera pembangkang malah seluruh rangkaian jahat mereka digembeling bukan hanya untuk bertanding dalam pilihanraya malah memburuk dan cuba menghancurkan integriti negara dan pemimpin yang tercinta.
Setelah berpuluh tahun, setelah berdekad, tidak payah disebut tentang cita-cita PAS itu menjadi "itu dan ini" iaitu suatu percubaan sepanjang zaman untuk menunjukkan bahawa pemimpin ini adalah 'orang baik-baik'.. Orang ramai masih ingat bagaimana sombong dan bongkaknya para pemimpin mereka yang menolak apa saja cadangan perpaduan. akan sentiasa ada muslihat bagi mengekalkan status quo pemimpin lama mereka. Pemimpin lama lebih mementingkan kedudukan mereka dari meletakkan kepenting Umah di hadapan mereka. Cuba sebut tahun manakah yang UMNO tidak menawarkan kesatuan Melayu terutama diantara PAS dan UMNO. Apa yang jelas ialah penolakan demi penolakan sehingga rakyat sudah bosan.Tidak payahlah hendak bermuka-muka untuk berlakun seperti kelihatan baik di mata ramai konon mereka itu pejuang Islam sehingga DAP yang anti Islam itu pun dikatakan lebih Islamik dari saudara se Islam dalam UMNO. Begitukah cara berfikir orang yang bersimpati dengan PAS?
Jika DAP menang dalam banyak kawasan bandar dan malah jika DAP menakluk negara ini dan memperlekehkan Orang Melayu dan Fasal 153 maka, Si Desperado Pencacai budaya "Gay" dan PASlah yang bertanggunjawab. Kami tidak melupakan sejarah buruk ini.
Berfikirlah wahai sahabat ku....jika tidak kita semua akan merugi.
No comments:
Post a Comment
Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.