Zine El Abidine Ben Ali
Bayangkan, jika sistem kewangan anda di "shutdown"! Duit ditangan hanya tinggal beberapa ringgit sahaja. Bayangkan jika perkara berkenaan berlaku ketika anda berada di luar negara - maka dengan serta merta anda menjadi orang merempat! Tiada duit dan tiada akses kepada sesiapa. Tidak percaya? jawab soalan saya, adakah anda menggunakan ATM? Kad Visa/Master samada Debit/Kredit? Bagaimana dengan Kad Pengenalana atau Visa ke luar negara - bagaimana jika ianya turut terpadam?Amalan pemadaman dan menyekatan secara elektronik ini bukan baru. Beberapa Pemimpin Iran, Sadam Hussein serta keluarganya, malah sesiapa yang dianggap 'musuh' telah terkena. Oleh itu ada pihak beranggapan bahawa meletak aset di Negara Eropah dan Amerika adalah tidak selamat. Mereka yang agak bimbang telah mula memindahkannya ke Asia Tenggara.
Penulis menyebut hal "shutting down" ini dalam nota terdahulu sila rujuk nota penulis berjudul "The Awakening" berkaitan dengan penguasaan golongan elit terhadap "Citizen of The World (CTOTW)" di bawah "One World Government". Bayangkan jika keluarga Rockefeller benar-benar berjaya menanam mikirocip dalam setiap tubuh manusia CTOTW? Maka penguasaan secara total bakal berlaku.
Zbigniew Kazimierz Brzezinski menurut penulis tidak hanya berceramah pada 2010 untuk menceritakan hal yang mungkin berlaku tetapi lebih kepada memulakan pembakaran bahan bakar enjin revolusi penukaran rejim ke atas dunia ketiga. Rejim ini menurut mereka perlu di "servis" baru kerana terlalu lama telah diberi kekuasaan oleh mereka. Awas, jika ada nama gerakan Islam disebut-sebut terlibat dalam pencetusan revolusi ini maka itu kelihatan seperti gimik-gimik bagi mengabui para CTOTW agar mereka yang bersimpati akan turut sama menyokong gerakan penukaran ini wal-hal telah dijadikan alat-alat untuk memudahkan kesepaduan tindakan.
Jadi awas, sesiapa saja perlu bijak di dalam berkawan dengan golongan seperti ini. Kekuatan mereka memang tidak boleh dinafikan dan dengan kekuatan ini mereka sentiasa "menjarah", menakluk dan merampuk hasil mahsul "dunia ketiga" khususnya Dunia Islam sejak dahulu lagi. Pemimpin yang ingin menjalin hubungan dengan mereka ini perlu amat bijak agar tidak diperangkap oleh mereka. Tidak mustahil pemimpin yang disokong dahulunya oleh mereka bakal terus disokong.Tidak, mereka bertindak mengikut kepenting diri mereka - tiada keikhlasan.
Dari segi psikologi, mereka 'wajib dan wajar' bimbang jika fenomena globalisasi (yang mereka cipta akibat kecanggihan ICT) telah dan akan membangkit semangat menuntut bela ke atas perbuatan lampau mereka sejak ratusan tahun. Mereka bimbang jika Dunia Selatan, Timur Tengah dan Seluruh Asia dan Afrika menuntut bela di atas kerakusan Dunia Utara yang terdiri dari keturunan Kaukasoid ini. Apa akan terjadi jika terdapat gerakan membalas dendam dan meruntuhkan empire yang mereka bina selama ini? Dan di atas kebimbangan dan kegilaan kuasa ini maka mereka mencipta dan mencetuskan pelbagai konsep dan gagasan bagi penguasan semula bekas tanah jajahan taklukan mereka ini.
No comments:
Post a Comment
Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.